BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 14 September 2011

Perkahwinan & kita



Sejak dua menjak ni ramai kawan-kawanku yang bercerai. Subhanallah... berderau darah aku. Dah jadi macam musim bercerai pulak.

Ish, bagi aku dan fad yang baru sahaja mendirikan rumah tangga - memang banyak dugaan kami untuk stabilkan kewangan kami suami isteri. Walaupun sudah bercinta 8 tahun msih ade 2/3 benda yang kami masih perlu belajar tentang each other. Sebab masing-masing ada cara masing-masing untuk buat sesuatu kan...

Sometimes ada juga berkecil hati.... tercakap kasar, kadang-kadang lupa nak fikirkan tentang perasaan dia ke, kadang-kadang ada yang dia buat yang tak kena dengan gaya kita ke... macam-macam lah. Toleransi dalam sesuatu hubungan memang lah penting. Sebab itu orang tua selalu kata; the 1st 5 years of marriage is the toughest. 

Aku berbual dengan teman baikku Fafa pagi tadi, she quoted:

"Kalau orang yang bercinta, boleh putus, orang yang bertunang, boleh putus tunang, orang yang sudah berkahwin pula belum tentu boleh last forever... Kita berdoa mana yang baik"

Ya, kita berdoa lah. tidak semestinya Allah turunkan dugaan pada kita, Allah tidak sayangkan kita.... Dia cuma mahu mengingatkan pada umatnya supaya solat dan berdoa kepadaNya - insyaAllah Allah akan menjanjikan kebahgiaan untuk kita dikemudian hari. Amin...