BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 23 June 2011

Alahai anak 'tunggul'...

Kelam-kabut tentang hal kahwin ni aku boleh terdiam sejenak... macam tak percaya pulak aku ni sudah nak jadi isteri orang tak lama lagi! Meremang bulu roma aku! Sudah 28 tahun aku hidup sebagai 'anak tunggul'; sudah biasa dengan kehidupan hanya ada mama dan papa dirumah kini aku akan hidup berdua bersama bakal suamiku. Wah! Just the thought of that can makes me all giddy sometimes! Hahaha


TAPI aku tidak dapat menghalang perasaan takut dan gementar apabila memikirkan hari yang bakal tiba. Macam-macam persoalan didalam kepalaku timbul. Sudah bersediakah aku? Betul kah pilihan aku ini? Boleh kah aku menjadi seorang isteri yang baik seperti mamaku?! Panic pulak tiba-tiba. 

Setelah lama aku fikirkan segala pahit getir aku dan dia selama 8 tahun perkenalan. Memang bermacam-macam dugaan kami lalui bersama. Dengan kisah orang mengata, degan kisah orang ketiga, dengan kisah nak tunang tak jadi tunang, dengan kisah confuse dengan perasaan sendiri... ai.... memang macam-macam lah! Kalau nak tulis novel agaknya mau aja 500-700 pages! Ha, memang tak terbaca korang semua. Walau macam mana pon, Alhamdulillah.... panjang juga jodoh kami hingga ke saat ini. Aku memang amat bersyukur. 

Pada apa yang aku lihat semua teman-temanku yang sudah berkahwin; aku tahu, bukan senang nak jadi seorang ISTERI. Memang banyak pengorbanan yang harus dilakukan untuk menjadi isteri yang mithali kerana sememangnya syurga seorang isteri dibawah tapak kaki suami. InsyaAllah aku akan sedaya upaya cuba untuk menjadi yang terbaik untuknya.