Hari yang dinanti-nantikan pon sudah lepas. Tup tap.. tup tap.. aku sudah pon jadi isteri orang. Setelah berendam air mata berbulan-bulan semata-mata wedding arrangement kini aku boleh exhale dengan hati yang tenang. Hehehehe... Setelah berhempas pulas nak go through 3 hari wedding event macam orang hilang akal. Aku dan suami (cewah! suami tuh!!!!) terbang ke Phuket untuk berbulan madu.
Alhamdulillah, terpancar betapa happy nya fad pertama kali menjejak kaki ke atas kapal terbang MH790. Melihat telatahnya macam kanak-kanak kecil baru dapat lolipop tiap kali dia melihat kapal terbang berlepas semasa di KLIA. Aku pon dengan baik hatinya; bagilah dia duduk di sebelah tingkap. Melihat dia begitu teliti memerhatikan pergerakan sayap kapal terbang itu, aku pon ikut skali excited.
Kami boleh dikatakan sangat beruntung kerana dengan package yang kami ambil untuk tinggal di Club Med Phuket semua orang tahu memang bukannya murah. Nasib baiklah ada Matta Fair. Dengan hanya RM2500 untuk 5 hari 4 malam termasuk dengan makanan, tempat tinggal & aktiviti memang sangat berbaloi! I would suggest to anyone to go there! Especially honeymooners!